Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suami wanita maut tercampak dari van didakwa dalam masa terdekat
Diterbitkan:  May 14, 2025 4:28 PM
Dikemaskini: 8:28 AM

Suami kepada wanita yang maut selepas tercampak dari van yang dinaikinya di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) berhampiran hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar menghala ke Petaling Jaya pada 6 Mei lepas akan dituduh dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana cuai menyebabkan kematian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program derma darah sempena Hari Polis ke-218 di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur hari ini.

Pada 6 Mei lepas, seorang wanita ditemukan maut selepas dipercayai tercampak keluar dari sebuah van di tepi Lebuhraya KESAS dan siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku akibat pertengkaran antara mangsa dengan suaminya.

Sementara itu, mengenai kes penemuan mayat bayi lelaki di Sungai Klang pada 9 Mei lepas, Mohamed Usuf berkata siasatan masih dijalankan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS