Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
J-Kom nafi terlibat kempen pemimpin tertentu dalam pemilihan PKR

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Ismail Yusop berkata tiada arahan untuk mana-mana petugas untuk like, share, dan promote kempen pemimpin tertentu dalam pemilihan PKR 2025.

Ismail berkata dakwaan yang mengaitkan jabatan itu dengan pemilihan parti adalah tidak berasas.

“Semua kakitangan J-Kom menjalankan tugas secara profesional dan berintegriti, selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan. 

“Saya juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa J-kom terlibat dalam berkempen untuk mana-mana pemimpin dan digunakan untuk menyerang pemimpin-pemimpin tertentu. Tiada sebarang arahan rasmi dikeluarkan untuk aktiviti seperti itu,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Dia berkata sebagai sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi, J-Kom sentiasa komited menyampaikan maklumat yang tepat, adil dan berimbang demi memperkukuh sistem demokrasi dan kestabilan negara.

“Saya mengingatkan semua pihak agar berhenti menyebarkan maklumat palsu yang boleh menjejaskan reputasi jabatan ini,” katanya.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS