Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pembangkang selar gurauan Anwar tentang isteri kedua dengan Putin

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikritik kerana membuat gurauan berkaitan isteri kedua dalam pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin dalam lawatan rasmi ke Moscow.

Tindakan itu dianggap kurang bijak, kurang sensitiviti terhadap budaya setempat sekali gus mencetuskan kecanggungan diplomatik.  

“Anwar patut malu. Dia yang mendakwa pakar budaya dunia, tidak sedar Rusia negara Kristian Ortodoks yang mengharamkan poligami. 

“Putin mengambil kesempatan untuk menunjukkan kejahilan budaya Anwar kepada media," kata Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan.

Wan Saiful Wan Jan

Anggota Parlimen Tasek Gelugor mendakwa Putin juga sengaja memperolok Anwar dengan mendedahkan perbualan mereka.

Wan Saiful juga berkata insiden itu menjadikan Malaysia bahan ketawa dunia.

Dalam sidang media bersama semalam, Putih mendedahkan Anwar bergurau padanya bahawa kerusi takhta ketiga–selain kerusi tsar dan permaisuri–dalam Dewan Besar St Andrew adalah untuk isteri kedua. 

Putin kemudian bergurau balas dengan menyifatkan Anwar sebagai “Muslim” sejati. Anwar bagaimanapun kemudian menegaskan dia hanya ada satu isteri dan kerusi itu sebenarnya untuk si ibu.

Sementara itu, Wan Saiful turut membidas kenyataan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang mendakwa Anwar merupakan perdana menteri Malaysia pertama dalam dua dekad menerima penghormatan istiadat penuh di Rusia.

Padahal, kata Wan Saiful, perdana menteri terdahulu seperti Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi juga menerima layanan sama.  

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS