Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
PM lulus cuti Rafizi, Nik Nazmi, pengumuman lanjut kemudian - PMO
Diterbitkan:  May 28, 2025 9:41 PM
Dikemaskini: 1:41 PM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan malam ini memaklumkan setelah meneliti perkara itu, Anwar bersetuju meluluskan permohonan cuti mereka.

"Pejabat Perdana Menteri mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim telah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

"Setelah meneliti permohonan tersebut, perdana menteri telah bersetuju meluluskan permohonan cuti kedua-dua menteri berkenaan.

"Sebarang keputusan lanjut terkait perkara ini akan dimaklumkan kemudian oleh perdana menteri," menurut kenyataan itu.

Terdahulu hari ini, Rafizi mengumumkan meletakkan jawatan sebagai menteri ekonomi berkuatkuasa 17 Jun setelah kalah dalam pemilihan PKR, Jumaat lalu.

Lebih kurang dua jam kemudian, Nik Nazmi menyusuli langkah Rafizi mengumumkan meletak jawatan berkuatkuasa 4 Julai atas alasan gagal mempertahankan jawatan naib presiden PKR yang disandang sejak 2022.

Kedua-duanya menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Anwar dan akan menghabiskan cuti tahunan sehingga tarikh akhir tersebut.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS