Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kena halau dari Sabah lagi - Fahmi Reza dakwa arahan dari pejabat KM
Diterbitkan:  May 29, 2025 4:10 PM
Dikemaskini: 8:10 AM

Aktivis dan artis grafik, Fahmi Reza, dihalang memasuki Sabah dan dihantar pulang sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini.

Punca kedatangannya ke Sabah tidak dinyatakan, namun dia menerima notis larangan masuk sejurus tiba.

Fahmi mendakwa di media sosial bahawa arahan larangan tersebut datang daripada Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Fahmi mendakwa di media sosial arahan itu datang daripada Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Pada hujung Disember lalu, Fahmi pernah ditahan ketika cuba mendarat di Kota Kinabalu susulan karikatur yang menggambarkan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Musa Aman, sebagai individu korup.

Dia kemudian dihantar pulang awal Januari.

Musa pernah didakwa dengan 46 pertuduhan jenayah berkaitan konsesi balak pada 2018, namun semua pertuduhan kemudiannya digugurkan pada 2020.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS