Malaysia menamatkan badi lebih 10 tahun apabila menundukkan Vietnam 4-0 dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2027, sebentar tadi.
Walaupun banyak melakukan percubaan berbahaya pada separuh masa pertama, jaringan pertama dibuka hanya beberapa minit selepas separuh masa kedua bermula, menerusi pemain warisan, Joao Figueiredo pada minit ke-49.
Jaringan kedua hadir sepuluh minit kemudian menerusi seorang lagi pemain warisan, Rodrigo Holgado yang menyudahkan hantaran cantik Arif Aiman.
Dua lagi gol Harimau Malaya adalah hasil jaringan Corbin Ong, juga daripada hantaran Arif, pada minit ke-67 dan Dion Cools pada minit ke-88.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menewaskan Vietnam adalah pada Disember 2014, sebelum mengalami tujuh kekalahan dan satu seri kemudiannya.
Dengan keputusan ini, Malaysia kini di kedudukan pertama dengan enam mata daripada dua perlawanan.
Kesebelasan utama:
MALAYSIA: Matthew Davies (kapten), Facundo Garces, Jon Irazabal, Arif Aiman Mohd Hanapi (Endrick Dos Santos), Hector Hevel, Joao Figueiredo, Noaa Laine, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, Rodrigo Holgado (Imanol Machuca), Dion Cools, Corbin Ong (Gabriel Palmero)
Vietnam: Nguyen Filip, Do Duy Manh (kapten), Nguyen Van Vi, Bui Tien Dung, Truong Tien Anh, Chau Ngoc Quang, Nguyen Hai Long, Pendant Quang Vinh, Nguyen Hoang Duc, Vo Hoang Minh Khoa, Nguyen Thanh Chung