Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Perjanjian perdagangan AS dan China ‘selesai’, kata Trump

Perjanjian perdagangan antara Washington dan Beijing “selesai,” tertakluk kepada kelulusan akhir oleh presiden kedua-dua negara, kata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam.

Anadolu Ajansi (AA) melaporkan dalam satu hantaran di platform Truth Social, Trump berkata AS “akan menerima jumlah keseluruhan tarif sebanyak 55 peratus, manakala China menerima 10 peratus.”

“Magnet penuh dan sebarang bahan nadir bumi yang diperlukan, akan dibekalkan terlebih dahulu oleh China.

“Begitu juga, kami akan menyediakan kepada China apa yang dipersetujui, termasuk pelajar China yang menggunakan kolej dan universiti kami (yang sentiasa saya sokong!).

“Hubungan sangat baik!” kata Trump.

Pegawai dari AS dan China bertemu di London minggu ini untuk membincangkan isu tarif.

Sebelum ini, pada April, AS mula melaksanakan tarif besar-besaran terhadap China, namun pada Mei, AS dan China bersetuju untuk melaksanakan pengurangan secara besar-besaran tarif itu bagi tempoh awal selama 90 hari.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS