Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Adun Warisan buat laporan polis dakwa projek RM31 billion Sabah tak 'gerak'
Diterbitkan:  Jun 13, 2025 4:28 PM
Dikemaskini: 8:28 AM

Adun Warisan Calvin Chong hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan kegagalan syarikat Esteel Enterprise dari China melaksanakan projek pembuatan dan pemprosesan keluli bernilai RM31 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (Sogip).

Dalam laporannya yang difailkan di balai polis Sandakan, Chong mendakwa bahawa tinjauannya ke atas tapak itu bersama Adun Sri Tanjong Justin Wong pada 10 Jun mendapati tiada kelihatan sebarang aktiviti pembinaan.

Chong menekankan bahawa laporan media sebelum ini dari 30 Nov 2022, menunjukkan bahawa fasa pertama projek itu sepatutnya bermula pada suku keempat 2023 dan dijadualkan siap menjelang suku keempat 2025.

“Beberapa bulan lagi menjelang suku keempat tahun 2025 dan sepatutnya fasa pertama projek tersebut masuk ke tahap siap sedia untuk pengeluaran.

“Namun terbukti pengumuman oleh Kerajaan GRS pada 30 November 2022 berhubung projek fasa pertama adalah pembohongan kepada masyarakat Sabah kerana tiada sebarang pembangunan di atas tapak tersebut, ” kata Chong dalam laporan yang dilihat oleh Malaysiakini.

Dia juga menegaskan bahawa walaupun nilai pelaburan oleh Esteel Enterprise sebelum ini dikatakan hanya "hampir RM20 bilion", angka itu kini "tiba-tiba" meningkat kepada RM31 bilion.

“Perkara ini amat meragukan, bagaimana (Ketua Menteri Sabah) Hajiji Noor dan (Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah) Phoong Jin Zhe dapat menilaikan serta mengesahkan jumlah nilai pelaburan yang dikatakan adalah sebanyak RM31 bilion?

“Atas dasar apa yang meyakinkan kerajaan GRS mempercayai kemampuan Esteel Enterprise tanpa sebarang pembangunan dan rekod prestasi di atas tapak tersebut sejak pengumuman projek pelaburan ini pada tahun 2022,” soal Chong, yang juga adalah Adun Elopura.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS