Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rundingan AS-Iran di Muscat hari ini dibatalkan
Diterbitkan:  Jun 15, 2025 8:36 AM
Dikemaskini: 12:36 AM

GLOBAL | Rundingan nuklear pusingan keenam antara AS dan Iran yang dijadualkan berlangsung pada Ahad di Muscat tidak akan diteruskan, kata Menteri Luar Oman Sayyid Badr Albusaidi menerusi hantaran di platform X.

Rundingan itu yang dirancang susulan lima pusingan sejak April - dengan sesi diadakan secara berselang antara Muscat dan Rom - bertujuan menggantikan perjanjian nuklear 2015 (JCPOA) menerusi perbincangan tidak langsung yang diketuai oleh Utusan Khas AS, Steve Witkoff, dan Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi.

Walaupun dibatalkan, Albusaidi menegaskan “diplomasi dan dialog kekal sebagai satu-satunya jalan ke arah keamanan berkekalan.”

Oman memainkan peranan sebagai pengantara secara senyap tetapi penting sepanjang proses itu, termasuk menjadi tuan rumah rundingan.

Peningkatan ketegangan serantau, termasuk serangan terkini Israel terhadap kemudahan nuklear Iran dan tindak balas peluru berpandu oleh Tehran, menyumbang kepada penangguhan rundingan tersebut.

Ketegangan yang memuncak itu turut menimbulkan keraguan terhadap kelangsungan rundingan selanjutnya, lapor media antarabangsa.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS