Agong berkenan terima menghadap Anwar
Diterbitkan: Jun 22, 2025 12:57 PM
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pertemuan itu berlangsung selama kira-kira dua jam di Istana Bukit Tunku, di Kuala Lumpur.

“Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut mempersembahkan perkembangan serta pelbagai isu semasa,” menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
- Bernama
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/06/b63cba01891532a7c64f756f60e6961c.jpg)
