Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laporan polis berkaitan Malaysiakini oleh hakim kanan bocor
Diterbitkan:  Jun 24, 2025 10:22 PM
Dikemaskini: 2:52 PM

Laporan polis yang dibuat bagi pihak hakim berhubung soalan yang diajukan Malaysiakini telah dibocorkan.

Laporan polis itu dibuat selepas Malaysiakini menghubungi hakim itu pada 12 Jun untuk mendapatkan ulasan mengenai dakwaan tertentu melibatkan hakim itu yang dilaporkan dibuat semasa mesyuarat penting.

Hakim itu tidak menjawab permintaan Malaysiakini dan sebaliknya mengarahkan pegawainya membuat laporan polis pada hari yang sama.

Susulan laporan polis itu, Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman merekodkan kenyataan pengarang eksekutif RK Anand dan editor berita Zikri Kamarulzaman.

Malaysiakini dimaklumkan malam ini bahawa laporan polis itu telah bocor di WhatsApp dan tersebar di kalangan pengamal undang-undang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS