Tiada menteri baru dilantik bagi mengisi kekosongan jawatan menteri sumber asli dan kelestarian alam yang dikosongkan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad.
Seperti Kementerian Ekonomi, Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam akan diterajui oleh Johari Abdul Ghani yang juga menteri perladangan dan komoditi.
Perkara itu diumumkan oleh setiausaha kabinet Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan sebentar tadi, kira-kira sebulan setengah selepas Nik Nazmi meletakkan jawatan bersama Rafizi Ramli kerana kalah pemilihan PKR.

Shamsul Azri berkata Johari akan menjalankan fungsi menteri menteri sumber asli dan kelestarian alam secara serta-merta.
Dengan langkah itu, Umno mempunyai lebih penguasaan dalam kabinet pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
