Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Shahidan ramal himpunan Turun Anwar boleh sampai 500,000 orang
Diterbitkan:  Jul 22, 2025 9:55 PM
Dikemaskini: 1:55 PM

PARLIMEN | Seorang ahli parlimen PN hari ini menyatakan keyakinannya bahawa himpunan Turun Anwar pada 26 Julai ini – di Kuala Lumpur – akan menjadi "ibu segala perhimpunan".

Walaupun pihak polis menganggarkan kehadiran seramai antara 10,000 hingga 15,000 orang, Shahidan Kassim (PN-Arau) meramalkan jumlah lebih tinggi.

Mengikut bacaan pemimpin PAS itu, himpunan tersebut bakal mengumpulkan antara 300,000 hingga 500,000 orang — cukup untuk memenuhi beberapa stadium dan melimpah ke jalan raya pada hari Sabtu ini.

Shahidan turut menegaskan betapa pengumuman khas "luar biasa" oleh Anwar yang dijadual esok tidak akan mampu menjejaskan semangat protes tersebut.

“Kita tahu bahawa pada 26 Julai akan ada satu gerakan atau perhimpunan yang akan berlangsung, dan ramai rakyat Malaysia dijangka hadir dengan anggaran kehadiran melebihi 300,000 hingga 500,000 orang,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Berdasarkan ramalan bekas menteri itu, pihak polis mungkin perlu mempertimbangkan semula rancangan awal mereka untuk menugaskan hanya 2,000 anggota bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS