Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar umum 15 Sept cuti 
Diterbitkan:  Jul 23, 2025 11:02 AM
Dikemaskini: 3:34 AM
  • Dikemas kini dengan berita penuh.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan 15 Sept ini sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

Beliau berkata hari kelepasan am itu bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia.

“Ini mudah-mudahan dapat meningkatkan ukhwah, perpaduan dan mengingatkan kita kehebatan pemuka bangsa dalam mengusulkan pembentukan Malaysia negara tercinta,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian pada Pengumuman Penghargaan untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi semua saluran televisyen utama serta platform media sosial, hari ini.

Sambutan Hari Malaysia 2025 pada 16 Sept ini akan diadakan di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth, Pulau Pinang dengan pelbagai pengisian menarik.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS