Peserta demo sesak nafas, dikejar ke HKL
Diterbitkan: Jul 26, 2025 5:51 PM
Seorang wanita dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) setelah mengalami sesak nafas ketika menyertai perhimpunan di ibu negara hari ini.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur kejadian berlaku pada 4 petang di Dataran Merdeka apabila wanita berusia 30-an itu mengalami sesak nafas akibat kandungan gula dalam darah rendah.
"Mangsa telah diberi rawatan awal di lokasi kejadian dan kemudian dibawa oleh unit EMRS JBPM ke HKL untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Perhimpunan itu melibatkan lima lokasi utama, iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru dan Kompleks SOGO, sebelum peserta bergerak ke Dataran Merdeka.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/992/7bb80362111e6e627e620ca7b487d839.jpeg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.