Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Demo meriah, tapi Nga kesal sampah bersepah
Diterbitkan:  Jul 26, 2025 10:37 PM
Dikemaskini: 2:37 PM

Membuat perhimpunan bagi meraikan demokrasi seharusnya turut disertai dengan sikap tanggungjawab ke atas kebersihan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Menerusi hantaran di laman X hari ini, beliau selaku menteri yang menjaga agensi pembersihan awam, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah individu yang membuang sampah merata tempat sewaktu berhimpun.

“Kerajaan Madani meraikan demokrasi dan tiada halangan dengan perhimpunan aman tapi tolonglah jaga kebersihan.

“Selaku agensi yang menjaga kebersihan awam, @swcorp_my kini sedang bertungkus lumus untuk memulihkan segala sampah dan kekotoran yang ditinggalkan,” menurut hantaran itu.

Beliau turut berkata perbuatan mengotorkan kawasan dan membuang sampah merata-rata boleh mencemarkan imej negara.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS