Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MCMC panggil Muhyiddin isu subsidi warga asing

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi Ahli Parlimen Pagoh Muhyiddin Yassin untuk memberi keterangan sebagai saksi bagi membantu siasatan berkaitan kandungan yang dimuat naik di sebuah akaun TikTok.

Menurut MCMC, siasatan itu bertujuan mengesahkan konteks kandungan video yang mengaitkan Muhyiddin dengan satu dakwaan berhubung subsidi bersasar petrol RON95.

“Fokus siasatan adalah bagi mengesahkan konteks kandungan yang disiarkan, dan tidak melibatkan sebarang dakwaan atau pertuduhan terhadapnya,” menurut suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini.

Bagi melengkapkan siasatan, MCMC memaklumkan pihaknya akan memanggil mana-mana individu berkaitan sekiranya perlu.

MCMC turut menggesa semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang dijalankan secara bebas, berhemah dan profesional.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS