Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes Zara Qairina: Beberapa individu akan didakwa membuli
Diterbitkan:  Aug 18, 2025 2:57 PM
Dikemaskini: 7:59 AM

Jabatan Peguam Negara petang ini mengesahkan, akan ada beberapa indivivu akan didakwa di mahkamah berhubung kematian Zara Qairina Mahathir.

Dalam kenyataan itu Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar, berkata langkah itu diambil selepas AGC meneliti kertas siasatan yang diserahkan oleh polis kepada mereka baru-baru ini.

"Keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan mengganggu proses inkues yang akan berjalan," katanya.

Pada masa sama Mohd Dusuki memberitahu walaupun pendakwaan akan dilaksanakan, keputusan tersebut tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh polis.

Zara Qairina, 13, ditemui di tingkat bawah Sek Men Agama Tun Datu Mustapha di Papar pada 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth sehari kemudian.

Kejadian itu menarik perhatian ramai apabila didakwa mempunyai kaitan dengan orang kenamaan.

Zara Qairina juga didakwa menjadi mangsa buli.

Bukit Aman membentuk sebuah pasukan khas bagi mengambil alih siasatan kes berkenaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS