JERIT: Hormati hak rakyat untuk berhimpun
Walaupun JERIT tidak bersetuju dengan politik dan perjuangan perkauman seperti Hindraf, tetapi ia berpendirian teguh bahawa setiap organisasi dan rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara beraman.
"Dan hak untuk berhimpun ini harus dihormati dan ruang demokrasi harus diberi supaya ketidakpuasan rakyat boleh diluahkan," kata kenyataan JERIT.
Sehubungan itu, tambahnya, JERIT mengecam sekeras-kerasnya tindakan polis ke atas 30,000 penyokong Hindraf yang cuba berhimpun dan menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi British semalam,
Dalam satu kenyataan, JERIT berkata, mereka ini yang cuba berhimpun secara aman dipukul dan berdepan dengan gas pemedih dan juga air bercampur kimia yang memedihkan mata dan kulit.
Katanya, pihak polis juga telah menjalankan kempen intimidasi melalui media supaya jangan menghadiri berhimpun semalam.

Hak berhimpun
"Sekatan jalanraya juga di adakan di merata-rata tempat untuk menakut-nakutkan rakyat. Intimidasi seperti ini juga berlaku semasa perhimpunan aman Bersih baru-baru ini," tambahnya.
Menurut JERIT lagi, tindakan polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air kimia itu adalah satu perbuatan yang melanggar hak asasi rakyat di negara demokrasi. .
Bukan itu sahaja, katanya, rakyat yang telah hadir awal satu hari dan berehat di kuil di Batu Caves juga telah terlepas daripada tindakan polis dan mereka dihalang untuk ke Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan itu lagi, JERIT juga ingin menegaskan bahawa dalam membawa sesebuah perjuangan kehadapan, adalah penting untuk rakyat bersatu sebagai kelas pekerja tanpa mengira agama atau etnik.
Katanya, perjuangan hak haruslah dijalankan sebagai perjuangan kelas supaya semua yang tertindas akan mendapat hak mereka tanpa mengira kaum.
"JERIT sekali lagi mengecam keganasan polis di perhimpunan Hindraf (semalam). Hak untuk berhimpun secara aman yang termaktub dalam perlembagaan harus dihormati oleh semua pihak demi menjamin hak demokrasi rakyat negara ini," tegasnya.