Tiga pemimpin Hindraf dilepas dari tuduhan menghasut
Tiga pemimpin utama Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) hari ini dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Klang daripada tuduhan menghasut terhadap mereka.
Hakim Zunaidah Mohd Idris memerintah mereka dilepaskan kerana pihak pendakwa gagal mengemukakan transkrip asal dalam bahasa Tamil mengenai kenyataan yang didakwa berunsur hasutan oleh P Uthayakumar, P Waythamoorthy dan VS Ganapathy Rao.
Pihak pendakwa yang dketuai oleh DPP Ishak Yusoff juga gagal mendapatkan terjemahan kenyataan tersebut dalam bahasa Melayu yang disahkan oleh badan-badan berkenaan.
"Pihak mahkamah dan peguam (bela) tidak dapat diyakinkan bahawa ucapan tersebut berunsur hasutan kerana terjemahan dalam bahasa Melayu tidak jelas.
"Apa yang penting ialah teks sebenar dalam bahasa Tamil dengan terjemahan yang disahkan (ke dalam bahasa Melayu). Adakah pihak pendakwa mendakwa kesalahan tersebut atas perkataan-perkataan asal dalam bahasa Tamil atau versi terjemahan dalam bahasa Melayu?

"Saya percayai intipati kesalahan tersebut tidak dinyatakan di sini. Saya tidak lihat apa (perkataan-perkataan didakwa berunsur hasutan) yang menjadi fokus pihak pendakwa," kata Zunaidah sebelum melepaskan ketiga-tiga pemimpin Hindraf itu.
Beliau bagaimanapun berkata, pihak pendakwa boleh menghadapkan semula ketiga-tiga mereka ke mahkamah selepas dokumen tersebut diselesaikan.
Mereka pada mulanya didakwa di mahkamah Jumaat lalu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan, berdasarkan kepada siasatan polis terhadap laporan yang dibuat ke atas mereka berhubung ucapan mereka di antara jam 8.30 malam dan 11.15 malam dalam satu forum di Batang Berjuntai, Selangor pada 16 November lalu.
Kesalahan tersebut membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau hukuman maksimum penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
'Pulangkan wang ikatjamin'
Zunaidah juga memerintahkan supaya wang ikatjamin yang disimpan oleh mahkamah hujung minggu lalu, dipulangkan.
Penasihat undang-undang Hindraf, Uthayakumar dan peguam Ganapathy membayar ikatjamin RM800 setiap seorang Jumaat lalu, tetapi pengerusi Hindraf, Waythamoorthy enggan membayarnya sebagai tanda protes.
Ketiga-tiga mereka diwakili oleh peguam M Manoharan, A Sivanesan, S Surendran, Gobind Singh Deo, R Kenghadaran dan M Kulasegaran.
Amer Hamzah Arshad dan Ramdas Tikamdas masing-masing hadir mewakili Majlis Peguam dan Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng adalah antara pemimpin politik yang hadir di mahkamah hari ini.
Kira-kira 100 yang hadir di mahkamah bersorak sebaik sahaja hakim melepaskan mereka bertiga.
Kira-kira 4,000 orang berhimpun di luar mahkamah. Anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) juga ditempatkan di situ untuk mengawal keadaan.
Mereka bersurai selepas mendengar ucapan oleh para pemimpin Hindraf.
Dalam satu sidang akhbar di depan Kuil Sri Nagara Thandayuthapani, Waythamoorthy menghentikan mogok laparnya selama tiga hari, dan disambut dengan sorakan para penyokong.
"Ia (berpuasa) adalah satua pengalaman yang baik," katanya kepada Malaysiakini sambil tersenyum.
Abangnya, Uthayakumar berkata beliau akan "bercakap mengenai kebenaran" walaupun menghadapi tuduhan menghasut. Berita asal