Rakyat M'sia ditahan bersama permberontak
Seorang rakyat Malaysia adalah antara lapan lelaki yang ditahan oleh Tentera Thai dalam satu serbuan di tempat persembunyian pemberontak di Narathiwat, wilayah selatan yang bergolak Sabtu lalu.
Lelaki berusia 29 tahun itu, dikenali sebagai Muhammad Aswan Abdulrahman, dari Kampung Bunut Payung di Kota Baharu, Kelantan.
Muhammad Aswan akan ditahan di Kem Tentera Inkayut di Pattani selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Pihak berkuasa Thailand juga telahpun memaklumkan konsulat Malaysia di Songkhla mengenai penahanan Muhammad Aswan itu.
"Dia berada dalam rumah itu bersama tujuh warga Thai semasa kami menyerbu rumah berkenaan. Masih belum ada bukti untuk mengaitkannya dengan kumpulan pemberontak. Mungkin dia ada pertalian dengan rakyat tempatan dan datang ke sini untuk pesta Loy Krathong," kata jurucakap tentera Thai, Kol Akara Thiproj ketika dihubung Bernama.

Menurut Kol Akara, Muhammad Aswan akan dibebaskan selepas tujuh hari jika tiada bukti untuk mengaitkannya dengan kumpulan pemberontak.
Ditahan 30 hari
Dia akan ditahan selama 30 hari mengikut undang-undang darurat sekiranya pihak berkuasa perlu mengadakan siasatan lanjut, kata Kol Akara.
Pasukan keselamatan menyerbu sebuah rumah di Sungai Kolok, yang menyempadani Kelantan, kira-kira 11.30 malam pada Sabtu serta menahan lapan lelaki berumur antara 18 dan 40 tahun, termasuk Muhammad Aswan.
Akara berkata, rumah itu dipercayai dijadikan tempat persembunyian militan Runda Kumpulan Kecil (RKK) yang merancang melakukan serangan semasa perayaan Loy Krathong pada hujung minggu.
Keganasan memuncak sejak Januari 2004 di wilayah selatan yang paling banyak dihuni penduduk Islam iaitu Pattani, Narathiwat dan Yala di mana pemberontak berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan, mengakibatkan lebih 2,600 orang terkorban.
Akara berkata, 115 orang yang disyaki pemberontak ditahan di Kem Inkayut manakala 25 orang lagi ditahan di Songkhla.
"Keadaan kini semakin pulih ekoran banyak penahanan orang yang disyaki militan," katanya.