Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Muhyiddin juga perlu mohon maaf atas ratusan dakwaan pada k'jaan - Anwar
Diterbitkan:  Aug 21, 2025 10:57 AM
Dikemaskini: 7:53 AM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berkata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin juga perlu memohon maaf atas dakwaan kenyataan fitnah yang dibuat terhadap kerajaan.

“Dakwaan itu seperti kononnya kerajaan zalim dan tidak menyalurkan peruntukan kepada Kelantan serta ratusan lagi dakwaan lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Undang-Undang Asean, seperti dilapor Free Malaysia Today.

Awal bulan ini, Anwar mendakwa di Parlimen bahawa Muhyiddin telah mempertahankan pemberian subsidi bahan api kepada warga asing, dengan mengatakan bahawa mereka juga menyumbang kepada negara.

Muhyiddin menafikan perkara ini, dan Anwar kemudiannya mengarahkan MCMC melancarkan siasatan, yang memfokuskan pada video TikTok.

Ini membawa kepada persoalan sama ada Anwar tertipu oleh video TikTok.

Minggu lalu, Anwar berkata dia bersedia memohon maaf kepada Muhyiddin kerana mendakwa Muhyiddin mempertahankan subsidi untuk warga asing - tetapi tidak sekarang.

Sebaliknya, Anwar memberitahu Parlimen masih menunggu MCMC untuk menentukan sama ada sumber maklumat yang dipetiknya adalah palsu.

Anwar juga mendakwa dia mempunyai tiga sumber maklumat, yang mana salah satu telah disahkan palsu, manakala dua lagi tidak jelas.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS