Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
RUU Pembaharuan Semula Bandar tetap dibentangkan esok - Nga

PARLIMEN l Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyatakan komitmen untuk meneruskan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) bacaan kedua diteruskan di Dewan Rakyat, esok.

“Pembentangan esok,” katanya ringkas selepas tampil menerima memorandum sekumpulan penduduk yang menyatakan sokongan terhadap PSB di pintu masuk Bangunan Parlimen, hari ini.

Ketika bertemu penduduk berkenaan Nga berkata turut menyatakan bahawa RUU berkenaan akan diteruskan.

Tegasnya, pihak yang menentang hanyalah bermain dengan sentimen dan politik yang membinasa.

“Kita nak politik yang membina, yang penting rakyat bersama kita,” katanya.

Selepas himpunan pihak yang menentang RUU itu semalam, sekumpulan kira-kira 50 penduduk dari sekitar Lembah Klang tampil menyatakan sokongan terhadap PSB.

Rata-rata mereka yang tinggal di rumah yang berusia lebih 30 tahun itu menyatakan harapan agar perumahan mereka dibangunkan semula.

Turut serta Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aiman Athirah Sabu (PH-Sepang), Howard Lee (PH-Ipoh Timor), Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) dan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat).

Semalam Malaysiakini melaporkan lebih 100 orang termasuk di kalangan penyokong PN dan NGO tampill menyatakan bantahan terhadap RUU PSB.

Mereka turut menyerahkan memorandum bantahan yang disampaikan kepada Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan dan Aiman.

Sementara itu Pengerusi Penduduk Taman Sri Indah, Rahimah Abdul Ghafor, 71, berkata rumah pangsa yang didiaminya sejak 1990 kini terlalu uzur.Katanya, keadaan di kawasan perumahan itu jugak sangat teruk dengan pelbagai kerosakan.

“Rumah mak cik dindingnya banyak retak, keadaan sekitar teruk. Kita mahu pembangunan semula dan RUU ini disegarakan.

“Kepada mereka yang bantah, kita jemput datang tengok keadaan rumah kami,” katanya sambil menambah lebih 500 pemilik daripada 600 buah rumah yang setuju dengan RUU PSB.

Laporan oleh N Faizal Ghazali, Zarrah Morden, dan Hariz Mohd


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS