Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Mayat bapa lemas lepas selamatkan anak jatuh sungai ditemukan
Diterbitkan:  Aug 27, 2025 1:07 PM
Dikemaskini: 5:07 AM

Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas berjaya menyelamatkan anak lelakinya yang terjatuh ke dalam sungai di Kampung Sat, Tanah Merah, pada Isnin ditemukan lemas pagi ini.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata mayat Saifuldin Ramli @ Ghazali, 46, ditemukan pasukan penyelamat kira-kira 7 pagi tadi pada jarak kira-kira 700 meter dari lokasinya terjatuh.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 25 Ogos lepas, Saifuldin dikatakan keluar berjalan-jalan bersama empat anaknya sebelum seorang daripadanya terjatuh ke dalam sungai berhampiran rumah mereka di Jalan Kampung Sat, Tanah Merah.

Mangsa berjaya menyelamatkan anak lelakinya yang berusia 11 tahun itu sebelum lelaki itu pula hilang dibawa arus sungai.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS