Lee hantar satu lagi memorandum pada Suhakam
Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Lee Song Yong yang digantung pengajiannya selama satu semester kerana menghalang pihak berkuasa kampus menjalankan tugas mereka, meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenakan tekanan terhadap UPM supaya membatalkan hukuman tersebut.
Pelajar tahun dua kajian sains komputer itu didakwa enggan memberi kerjasama dan menghalang pegawai kampus daripada menjalankan tugas mereka untuk merampas barangan peribadinya menjelang pilihanraya kampus Oktober lalu.
Dia kemudiannya didapati bersalah dan pengajiannya digantung selama satu semester.
"Saya memberi kerjasama, malah pengawal keselamatan kampus yang merampas barangan saya, memberitahu penal siasatan disiplin bahawa saya memberi kerjasama," dakwa Lee selepas menyerahkan memorandum kepada Suhakam di pejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur.
Lee dipanggil pada 22 November lalu untuk membela diri, di hadapan panel enam anggota yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor, Prof Tai Shzee Yeu.

Dia tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa kampus untuk diwakili oleh peguam atas alasan ianya siasatan dalaman dan bukannya perkara membabitkan mahkamah sivil.
Ganggu pelajar
Berikutan itu, Lee meminta Suhakam supaya mengenakan tekanan terhadap UPM supaya menarik balik penggantungannya kerana mendakwa siasatan yang dijalankan terhadapnya adalah tidak sah.
"Menafikan hak untuk mendapatkan khidmat peguam adalah salah di segi undang-undang kerana hak itu terkandung dalam Artikel 5 (3) Perlembagaan Persekutuan," tegasnya.
Lee juga meminta Suhakam mengadakan siasatan awam untuk menyiasat dakwaan salahguna kuasa oleh pengawal keselamatan dan pegawai universiti yang terbabit dalam kesnya itu.
Pesuruhjaya Suhakam, Prof Khoo Kay Kim, yang menerima memorandum itu berkata, isu pelajar anti-establishment di UPM diganggu oleh pihak berkuasa kampus kerana kecenderungan politik kini menjadi semakin serius.
"Saya pasti akan membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat bulanan Suhakam dan apakah tindakan yang bokeh kita ambil untuk menangani masalah ini," katanya.
Khoo terperanjat
Khoo juga menyentuh keengganan pihak UPM apabila tidak membenarkan Suhakam menghantar pegawainya untuk mengikuti siasatan panel disiplin terhadap Lee bagi memastikan ia dijalankan secara adil dan telus.
Ini ekoran pendedahan Lee bahawa pihak kampus telah memberitahu sebaliknya bahawa mereka tiada masalah untuk membenarkan pegawai Suhakam memantau siasatan tersebut.
Suhakam cuba menghentikan prosiding siasatan pada 22 November lalu untuk menyiasat dakwaan ia melanggar hak asasi manusia dan berjanji untuk menghantar pegawainya memantau siasatan tersebut jika ia diteruskan juga.
"Saya amat terperanjat. Pegawai saya menghantar faks dan menelefon UPM dan bertanya sama ada kami boleh menghantar seorang pegawai untuk memantau siasatan tersebut dan mereka berkata 'tidak'. Kita akan menyiasatnya," kata Khoo.