Lingam campurtangan siasatan BPR, dakwa adiknya
V Thirunama - adik kepada peguam Datuk VK Lingam - hari ini membuat laporan polis mendakwa abangnya telah campurtangan dalam siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada tahun 1998.
Dalam laporannya itu, Thirunama memberikan butiran terperinci bagaimana anggota keluarganya dan rakan-rakan Lingam didakwa memberi tekanan ke atasnya supaya menemui doktor psikitrik dan akhirnya dimasukkan di dua buah hospital pada tahun berkenaan.
Thirunama mendakwa, pertemuannya dengan doktor psikitrik itu adalah helah untuk membatalkan kenyataannya kepada BPR pada tahun 1998 yang mengaitkan Lingam.
Beliau membuat laporan tersebut di balai polis Brickfields pagi ini. Thirunama ditemani oleh peguam Wee Choo Keong.
Kandungan laporan tersebut adalah sama dengan apa yang telah dinyatakan oleh Thirunama dalam temubualnya dengan Malaysiakini minggu lalu.
Selain beberapa orang peguam dari firma guaman terkemuka, Thirunama turut menamakan doktor psikitrik terkemuka dalam laporan itu, dengan mendakwa doktor berkenaan telah menulis laporan perubatan palsu.

"Bila saya bertemua dengannya (doktor), beliau memberitahu saya bahawa Lingam telahpun menelefon memberitahunya mengenai kedatangan saya...beliau juga meminta supaya berlakon untuk membantu Lingam," katanya dalam laporan tersebut.
Bekas AG dikaitkan
Pada bulan Mac lalu, Thirunama telah membuat laporan polis mendakwa perbuatan rasuah oleh Lingam membabitkan badan kehakiman antara tahun 1995 dan 1996. Laporan itu diumumkan oleh Wee minggu lalu.
Berikutan itu, Lingam mendakwa namanya telah dibersihkan pada tahun 1998, dengan menjelaskan bahawa Peguam Negara (AGI) tidak meneruskan perkara itu kerana Thirunama menghadapi 'masalah mental' yang disokong oleh rekod perubatan psikitrik.
Bagaimanapun, Wee berkata, dakwaan Lingam itu tidak boleh diambil serius kerana AG ketika itu ialah Tan Sri Mokhtar Abdullah, yang turut dikaitkan dalam kenyataan Thirunama kepada BPR pada 1998.
"Saya tidak percaya Peguam Negara boleh memberi arahan pada masa itu untuk menutup kes tersebut, atau sebaliknya. Beliau tidak layak membabitkan diri dalam keputusan yang dibuat terhadap Lingam pada 1998," katanya.
"Apa juga keputusan yang dibuat oleh Mokhtar pada masa itu adalah terbatal dan tidak sah," kata Wee sambil menambah, sebuah badan bebas yang sepatutnya membuat keputusan mengenai kes tersebut.
Mokhtar menjadi Peguam Negara antara tahun 1994 hingga 2001. Beliau kemudiannya dilantik sebagai hakim Mahkamah Persekutuan pada 2001 sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 2003.
Wee berkata, Peguam Negara sekarang, Tan Sri Abdul Gani Patail patut menyemak semula kes tahun 1998 itu. Berita asal