PM digesa tubuh pasukan petugas bantu kaum India
Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang hari ini menggesa kerajaan supaya menubuhkan sebuah Pasukan Petugas Kabinet untuk mencari penyelesaian bagi menamatkan peminggiran masyarakat India dan golongan lain di negara ini.
Katanya, pasukan petugas itu hendaklah diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan fokus terhadap:
Menjadikan semua sekolah rendah Tamil separuh bantuan kepada sekolah bantuan penuh.
Menyediakan peruntukan RM500 juta untuk menaik taraf sekolah rendah Tamil.
Menghentikan perobohan kuil Hindu dan tempat ibadat yang lain di seluruh negara.

Lim berkata, beliau membuat cadangan tersebut ekoran perhimpunan 30,000 rakyat anjuran Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) pada 25 November mengenai nasib masyarakat India di negara ini.
Dalam satu kenyataan, beliau berkata, kerajaan perlu menggubal satu dasar baru untuk menamatkan peminggiran masyarakat India dan semua golongan yang terpinggir di Malaysia.
Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu tidak boleh menafikan bahawa masyarakat India telah dipinggirkan sejak tiga dekad yang lalu.
Sebagai contoh, kata beliau, sebelum Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan pada 1971, terdapat 17.4 peratus kakitangan berketurunan India dalam perkhidmatan awam.
Bagaimanapun, katanya, peratusan tersebut telah merosot kepada 5.12 peratus pada 2005.
'Tiada keberanian'
Sejak perhimpunan Hindraf diadakan, Abdullah, Samy dan menteri kabinet yang lain berulangkali menafikan dakwaan Hindraf bahawa masyarakat India telah dipinggirkan.
Sementara itu, Lim juga menuduh MIC tidak memaklumkan keadaan sebenarnya kepada Abdullah mengenai nasib kehidupan masyarakat India di negara ini.
"Abdullah berkata, beliau bersedia untuk mendengar kebenaran. Amat memeranjatkan apabila tidak seorang pun dalam kepimpinan MIC...yang sanggup dan mempunyai keberanian untuk memberitahu kebenaran kepada perdana menteri.
"Sejak berdekad-dekad lamanya, masyarakat telah dipinggirkan dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan, kebudayaan dan di segi keagamaan, menjadikan mereka satu kelas bawahan baru," katanya.
Lim berkata, semua ini adalah sebab mengapa 30,000 masyarakat India dari seluruh negara berhimpun menyokong perjuangan Hindraf.
Bagaimanapun, beliau tidak bersetuju dengan dakwaan Hindraf bahawa kaum India telah menjadi mangsa 'penghapusan etnik'. Berita asal