Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
13 anggota kumpulan jenayah terancang 'Geng Captain Praba' dituduh
Diterbitkan:  Oct 8, 2025 12:43 PM
Dikemaskini: 9:52 AM

Seramai 13 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Captain Praba’.

Mereka ialah M. Lavindran, 27, M Meganathan, 37, M Tinesh, 20, K Utayaragu, 29, M Thinesh, 31, S Jeevan, 19, J Sangaranarayanan, 28, P Joshua, 35, M Devindran, 25, M Nokarju, 29, S Tivagaran, 22, S Logeswaran, 26, dan D Vijayakumar, 36.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Mahang, Kampung Sungai Jarom, Jenjarom, Kuala Langat antara Disember 2023 hingga 11 Sept 2025 mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P Kunyalam.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin dan menetapkan 10 Nov ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS