Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis siasat isu kibar bendera Israel di Kelantan
Diterbitkan:  Oct 13, 2025 8:15 AM
Dikemaskini: 12:15 AM

Polis membuka kertas siasatan berhubung isu pengibaran bendera Israel ketika “Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza” yang telah berlangsung di Lembah Sireh, di Kota Bharu, Jumaat lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (kawalan mempamer) 1949.

Beliau ketika dihubungi Bernama berkata polis akan memanggil pihak penganjur untuk diambil keterangan lanjut berhubung kes itu dalam tempoh terdekat.

Pada Jumaat lepas, kejadian itu berlaku apabila sebuah bot yang memasang beberapa bendera Israel melakukan lakonan semula insiden penahanan bot yang menimpa sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) ketika dalam pelayaran menuju ke Gaza.

Program anjuran Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia itu, disertai hampir 10,000 peserta yang menaiki bot masing-masing dan berarak dari Kampung Pulau Pisang hingga ke Lembah Sireh, meliputi jarak sejauh lapan kilometer, sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS