Festival Hak Asasi: sembilan orang didakwa hari ini
Lapan orang, termasuk lima orang peguam, hari ini didakwa di mahkamah atas tuduhan menyertai perhimpunan haram semalam.
Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan tidak mematuhi arahan polis supaya bersurai.
Seorang lagi peguam, Edmund Bon, didakwa atas tuduhan menghalang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas mereka.
Kesemua mereka minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Lapan orang, termasuk lima orang peguam, hari ini didakwa di mahkamah atas tuduhan menyertai perhimpunan haram semalam.
Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan tidak mematuhi arahan polis supaya bersurai.
Seorang lagi peguam, Edmund Bon, didakwa atas tuduhan menghalang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas mereka.
Kesemua mereka minta dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Pihak pendakwa diwakili sendiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang membantah mereka dibenarkan ikatjamin.
Lapan orang tertuduh tersebut ditahan semalam kerana menyertai perarakan sempena Hari Hak Asasi Manusia, yang disambut hari ini.
Polis menahan mereka selepas memberi tempoh masa kepada mereka supaya bersurai.
Mereka termasuk N Surendra, Latheefa Koya, R Sivarasa, Eric Paulsen dan Amer Hamzah. Yang lainnya ialah Anthony Andu, Noor Aza Othman dan seorang lagi yang dikenali sebagai Ashraf Ali Raja.
Kemudiannya, Bon, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam, ditahan kerana menghalang kakitangan DBKL untuk menurunkan kain pemidang mengenai hak asasi manusia yang digantung di luar bangunan majlis tersebut di Leboh Pasar Besar, Kuala Lumpur.
Ketika membantah ikatjamin, Peguam Negara berkata beliau percaya mereka akan mengulangi kesalahan tersebut dan sesetengah daripada mereka telah berulangkali menyertai perhimpunan haram.
“Pihak berkuasa secara khusus, melalui media dan mematuhi undang-undang, memberitahu orang ramai supaya jangan menyertai perhimpunan itu kerana ia diadakan secara haram tetapi kumpulan ini mengingkari arahan yang sah dan meneruskan perarakan. Keran itu saya percaya mereka boleh mengulangi kesalahan tersebut," katanya.
Dalam hujah mengapa Bon tidak boleh dibenarkan ikatjamin, Abdul Gani berkata, tindakan peguam tersebut boleh mewujudkan persepsi bahawa "ianya tidak mengapa untuk mengingkari pihak berkuasa".
“Ini boleh mewujudkan keadaan tidak tenteram dan ancaman kepada keselamatan negara," hujahnya lagi.
Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Sesyen Komathy Suppiah menolak hujah-hujah Abdul Gani itu dan membenarkan ikatjamin bagi semua tertuduh.
Beliau menetapkan ikatjamin sebanyak RM2,000 seorang bagi lapan orang tertuduh yang menyertai perarakan tersebut, dan menetapkan kes mereka didengar pada 29 hingga 31 Januari tahun depan.
Bon pula dibenarkan ikatjamin sebanyak RM1,000. Kesnya akan didengar pada 3 hingga 5 Mac tahun depan.

