Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis sahkan kejadian pelajar perempuan terjatuh dari bangunan sekolah

Polis mengesahkan seorang pelajar perempuan tingkatan satu sebuah sekolah di daerah ini, cedera selepas terjatuh dari tingkat satu bangunan sekolah berkenaan semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata mengsa mengalami luka di dahi serta kaki dan dilaporkan berada dalam keadaan sedar dan stabil.

“Ya, ada kejadian pelajar perempuan tingkatan satu jatuh semalam dari tingkat satu sekolah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di Shah Alam hari ini.

Mohd Iqbal berkata kes di siasat di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS