Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gempa bumi lemah 2.7 skala Richter di Segamat
Diterbitkan:  Nov 3, 2025 9:08 PM
Dikemaskini: 1:10 PM

Gempa bumi lemah berukuran 2.7 pada skala Richter dikesan berlaku di Jementah, Segamat, Johor pada 7.55 malam tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berpusat pada koordinat 2.5 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, iaitu kira-kira tiga kilometer di barat Segamat dengan kedalaman 10 kilometer.

"Gegaran turut dirasai di Segamat dan kawasan sekitarnya," menurut MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook.

Orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu diminta mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/1cWc2YD8DgWpbDJP7.

MetMalaysia menambah bahawa pihaknya akan terus memantau keadaan tersebut dan mengeluarkan maklumat terkini melalui portal rasmi [https://mygempa.met.gov.my](https://mygempa.met.gov.my) serta platform media sosial jabatan berkenaan.

— Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS