Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis cari pelajar tahfiz hilang dari madrasah di Tangkak
Diterbitkan:  Nov 6, 2025 11:16 AM
Dikemaskini: 4:10 AM

Seorang pelajar tahfiz lelaki berusia 13 tahun dilaporkan hilang dari Madrasah Tahfiz Al-Quran Zawiyah Darul Madad di Kampung Sagil di Tangkak sejak Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata Muhammad Aisy Thaqif Mohd Khalid, kali terakhir dilihat berada di perkarangan madrasah memakai jersi berwarna biru gelap dan seluar tiga suku berwarna hitam dengan garisan putih di sisi.

Madrasah Tahfiz Al-Quran Zawiyah Darul Madad

“Pelajar itu mempunyai ketinggian kira-kira 157 sentimeter, berbadan kurus dan berambut pendek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pelajar berkenaan diminta tampil ke balai polis terdekat atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nurul Amira Ibrahim di talian 011-6156 5593.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS