AS: Beri layanan adil kepada lima pemimpin Hindraf
Amerika Syarikat menuntut Malaysia supaya memberi layanan yang adil terhadap lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA yang membenarkan mereka ditahan tanpa bicara.
Amerika Syarikat menuntut Malaysia supaya memberi layanan yang adil terhadap lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membenarkan mereka ditahan tanpa bicara.
Lima pemimpin Hindraf (Hindu Rights Action Force) di tahan semalam dan dihantar ke Pusat Tahanan Kamunting untuk tempoh dua tahun.
Amerika Syarikat menuntut Malaysia supaya memberi layanan yang adil terhadap lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA yang membenarkan mereka ditahan tanpa bicara.
Amerika Syarikat menuntut Malaysia supaya memberi layanan yang adil terhadap lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membenarkan mereka ditahan tanpa bicara.
Lima pemimpin Hindraf (Hindu Rights Action Force) di tahan semalam dan dihantar ke Pusat Tahanan Kamunting untuk tempoh dua tahun.
"Harapan kami sebagai sebuah kerajaan ialah individu-individu terbabit akan diberikan perlindungan penuh mengikut undang-undang Malaysia, dan mereka akan diberi hak-hak mereka sepertimana warganegara lain, serta ianya dilakukan dengan segera dan telus," kata Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Sean McCormack.
Bulan lalu, Hindraf telah menganjurkan perhimpunan di ibunegara yang dihadiri oleh kira-kira 30,000 orang untuk mengetengahkan isu-isu yang sedang dihadapi masyarakat India di Malaysia, termasuk kekurangan peluang dalam bidang ekonomi dan perobohan kuil-kuil Hindu.
Polis telah menggunakan gas pemedih mata, tembakan air serta cota untuk menyuraikan perhimpunan tersebut.
"Pendirian kami ialah individu-individu yang mahu menyuarakan pandangan mereka secara aman dalam forum politik atau mana-mana forum, haruslah dibenarkan berbuat-buat demikian," kata McCormack kepada pemberita.
Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia telah berkempen mendesak supaya ISA dimansuhkan kerana mendakwa, undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak berkuasa.
ISA telah digunakan untuk menahan lebih 100 orang, termasuk kira-kira 80 orang yang didakwa anggota militan Islam.
Badan Pemantau Hak Asasi Manusia di Amerika menyifatkan penahanan tersebut sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.
Penyelidik kanan badan tersebut bagi kawasan Asia, Mickey Spiegel berkata pihaknya kita sudah berkali-kali mendesak supaya ISA dimansuhkan.
Bebas bersuara
Kerajaan Malaysia sentiasa menggunakan insiden rusuhan kaum pada 1969 sebagai alasan untuk mengawal kebebasan, walaupun banyak pihak percaya, selepas 50 tahun merdeka, rakyat Malaysia sudah cukup matang untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka secara terbuka.
Sementara itu, seorang pegawai Jabatan Negara Amerika berkata, pihak berkuasa Malaysia mempunyai tanggungjawab - seperti mana-mana kerajaan negara yang berdaulat - untuk mengimbangi keperluan memastikan ketenteraman awam dengan keperluan - yang juga sama pentingnya - untuk membenarkan kebebasan berbincang mengenai isu-isu yang penting kepada rakyat Malaysia.
"Adalah menjadi harapan kami bahawa kerajaan Malaysia akan membenarkan kebebasan berbincang seluas mungkin," kata pegawai berkenaan yang enggan disebut namanya.
Tabung Becket bagi Kebebasan Agama - sebuah firma perundangan Amerika yang membantu melindungi kebebasan semua agama - mendakwa tindakan meroboh kuil-kuil Hindu - sesetengahnya dibina sejak zaman penjajahan British hampir dua abad yang lalu - mungkin merupakan satu percubaan untuk memadamkan warisan Hindu di Malaysia.
Hindraf mendakwa sebuah kuil di roboh dalam setiap minggu.
Pengarah Undang-undang Antarabangsa tabung tersebut, Angela Wu berkata, beliau mendapat tahu, dalam merobohkan kuil-kuil tersebut, mereka cuba memusnahkan bukti mengenai berapa lama agama Hindu telah menjadi sebahagian daripada Malaysia, terutama dalam kontek meningkatkan Islamisasi dan menyamakan Islam dengan nasionalisme di Malaysia.
Hindraf telah memfailkan saman bernilai AS4 trillion terhadap kerajaan British kerana membawa rakyat India menjadi buruh di Malaysia semasa zaman penjajahan. AFP

