Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan rakaman penuh 14 minit klip video VK Lingam serta memberitahu bahawa beliau mempunyai bukti tambahan bagi menyokong dakwaan berlaku penyelewengan dalam badan kehakiman.

Anwar berkata, beliau juga mempunyai bukti tambahan dan akan mendedahkannya apabila tiba masa yang sesuai.

“Kami mempunyai bukti untuk nama-nama yang telah disebutkan dalam klip itu termasuk peranan peguam kanan Lingam, Tan Sri Vincent Tan (ahli perniagaan), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Menteri Pelancongan) dan wang yang diberikan kepada Tan Sri Mohtar Abdullah (bekas Peguam Negara) dan Tun Eusoff Chin (bekas Ketua Hakim Negara)," kata Anwar dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

“Selain daripada apa yang dikatakan oleh adik Lingam (VK Thirunama Karasu), kita mempunyai bukti lain untuk menyokongnnya,” kata beliau tanpa mengulas lanjut.

Tiga bulan lalu, beliau mendedahkan klip video selama lapan minit yang menunjukkan Ligam berbual melalui telefon, didakwa dengan Hakim Besar Malaya ketika itu, yang juga bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim-hakim.

Baki enam minit klip video tersebut didedahkan oleh Anwar hari ini bagi memenuhi janji untuk berbuat demikian selepas suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Krisis kehakiman

Berikutan pendedahan tersebut, kerajaan telah menubuhkan panel bebas untuk menyiasat ketulenan klip video tersebut.

Bagaimanapun, panel bebas tersebut mengesyorkan kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat dakwaan dalam klip video tersebut.

Dalam pendedahan hari ini, peringkat akhir klip tersebut menunjukkan Lingam sedang berbual dengan seorang lelaki yang menurut Anwar merupakan seorang ahli perniagaan.

Ketika ditanya identiti lelaki tersebut, Anwar berkata, beliau tidak boleh mengesahkannya tetapi mempercayai ia bukan ahli perniagaan terkenal.

Dalam perbualan tersebut kedengaran Lingam menyebut bebarapa nama antaranya Tengku Adnan, Mohtar Abdullah, Eusoff Chin dan Vincent Tan.

Anwar berkata, beliau akan memberi kerjasama penuh kepada suruhanjaya diraja bagi menyiasat krisis kehakiman yang sedang berlaku sekarang.

"Pihak yang menyerahkan pita itu kepadanya akan turut tampil memberi kerjasama kepada suruhanjaya," katanya.

Pemberi maklumat

Anwar, bagaimanapun, enggan mendedahkan nama individu yang menyerahkan pita video asal itu kepadanya dan hanya berkata akan tiba masanya pemberi maklumat mendedahkan identitinya apabila suruhanjaya memulakan siasatan.

Anwar berkata, kerajaan pernah cuba menutup kes tersebut tetapi tidak berjaya kerana ia merupakan isu yang besar.

"Saya akan bekerjasama dengan suruhanjaya diraja untuk menjalankan siasatan terhadap pita ini," katanya lagi.

Sementara itu, dalam kenyataan akhbar yang dibacanya dalam sidang media tersebut, Anwar berkata, kewujudan video ini merupakan satu bukti bahawa krisis ini cukup mendalam dan telah membabitkan peringkat tertinggi dalam institusi kehakiman.

Katanya, pembabitan Tan Sri Haidar Mohd Noor (kiri) dan Tan Sri Steve Shim sebagai anggota suruhanjaya diraja menimbulkan pelbagai persoalan kerana kedua-dua hakim itu adalah antara hakim yang mendengar kes beliau di Mahkamah Rayuan.

Menurutnya, beliau kesal kerana suruhanjaya ini tidak diberikan bidangkuasa yang secukupnya untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan dalam video ini.

Bagaimanapun, beliau berharap kedua-dua hakim tersebut bertindak waras bagi mengetepikan sebarang tanggapan negatif terhadap penyiasatan suruhanjaya tersebut.

Berikut adalah transkrip baki klip video selama enam minit itu, yang disediakan oleh pihak PKR.

[Suara di belakang]: Who is that Dato?

Lingam: Chief Justice Malaya.

[Suara di belakang]: Who is that?

Lingam: Dato Ahmad Fairuz

[Suara di belakang] : Oh Ahmad Fairuz.

Lingam: I put him up there. Don’t tell this, please. I cannot tell this to Manjit. And he is acting President Court of Appeals Number 2 post. He is next Chief Justice. He always says “I leave it to you.”

[Suara di belakang]: I thought you were very close to Tun Eusoff Chin, Datuk?

Lingam: He is Eusoff Chin’s man, Eusoff Chin retired. But Dzaiddin hates Eusoff Chin, you understand? Ah..

[Suara di belakang]: Because you know I…I…I..as far as I know you are very…

Lingam: Eusoff Chin and I are extremely close. Because you know…Yeah. Eusoff Chin in power, I can straight and get in Pom! Pom! Pom! Pom! But now Dzaiddin is there. So Dzaiddin is attacking our cases. That means what? James Kumar is aligned to Dzaiddin. But Dzaiddin is retiring in 15th of September. He is finished.

[Suara di belakang]: Next year?

Lingam: So Dzaiddin really wants to go…Don’t worry. Dzaiddin recommended Malik Ahmad to be Chief Judge of Malaya. But we went and “cut” “cut” cut” cut” I and Tengku Adnan and Vincent told PM. I stop him for now, because he is anti-PM. We put Fairuz in. And we put…I told you three months ago he became CJM [Chief Justice Malaya]. He said “Don’t believe.” Then he got it. He rang up to thank me. And all that. He now acting PCA because Wan Adnan is sick. Right? This. Apart from law knowledge you need kow tow. Please understand that. You need to know the emperor. Knowing the law doesn’t give you the winning formula, you must also kow tow to the emperor. Correct or not? So now I am working very hard. So he agreed to meet Vincent Tan and PM and…what you call Tengku Adnan.

[Suara di belakang]: Do you think Vincent has an interest over PM?

Lingam: You don’t know about the history. Businesswise may not be successful. Robert Kuok is very brilliant. Lim Goh Tong is very rich. Vincent Tan, you know what PM say? He went to Averton he went to Langkawi. He said bincang. I want you to build a hotel here. His wife pulled him away. [Inaudible] He said Dato Seri I will think about it. The wife pulled him away. There is another [inaudible] cannot get a bank loan. Vincent there. Vincent, can you build a hotel? Ready for next air-show?

I want you do it in 6 months. `Datuk Seri, Don’t worry, I will get it done.’ He paid double the price to get all of them. A big loss lah. Then Solomon Island and Fiji and all, he said, Vincent go and invest there, he went and bought…[inaudible] the government factory [inaudible] you do this project a bit and cover up your loss. PM will do what he want to do to cover your backside.

[Suara di belakang]: Vincent is very close to him.

Lingam: That’s right. Don’t ask… because Vincent has taken me to PM’s residence… the house … [inaudible]… Anwar’s case… the lawyers…Wee Cheong … [inaudible]. But I cannot go and talk to PM just like that and say promote this and that…

Because ah, he knows… I am a… but when PM calls me on Anwar’s case, I can tell him… he’ll listen…But if I go promote so and so, that means I got interest. So, I don’t do that. I use Vincent and Tengku, go and do that. I don’t f*** them up. They go and do that. But I tell you this lah. Don’t tell in front of people, of course. Life, one thing go confidential wrong is dangerous. Ah. Never, never say…You should… never. Even though to PM. You should never say. I don’t know. I always say “I don’t know.” That’s all.

[Suara di belakang]: Everybody… I think many people know. Even the son case, everything I talk the father, …. Talk until he agreed.

Lingam: You know me [inaudible]. But I never talk about it. Even the son’s case, I do everything. I talk to the father…Talk until he agreed. But if it is a big crisis that affects him, ….I can talk, he will listen. But if I want to favour somebody, that I cannot guarantee. Because my interest is not his interest. You know what I mean. Tomorrow invest your interest involving your father, I can come say this this this, you will listen. But tomorrow I appeal for me, you are not obliged to listen. Because you are a politician, PM. Politician is what is your interest, not what is my interest. But if I am giving advice on your interest, you will listen. On my interest, you will not. You must be careful about this.

[Suara di belakang]: Datuk, I need to ask you this question.

Lingam: Ask me. Ask me.

[Suara di belakang]: For a while now…

Lingam: Because we can talk behind these people.

[Suara di belakang]: … Actually, I think, you know, Daim has more equity interest in Berjaya than Vincent Tan, isn’t that true?

Lingam: Let me tell you something … [inaudible] was bought by Daim … [inaudible]. Later on he did some deals where Daim supposed to help him. One or two he helped. Supposed to give him some money. Didn’t give. Part was paid, part not paid. Later on Daim called up and he got paid.

Saksikan versi penuh klip video Lingam