Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lelaki dihanyutkan kepala air belum ditemukan
Diterbitkan:  Nov 18, 2025 8:31 AM
Dikemaskini: 12:31 AM

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan seorang lelaki dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma, Sungai Klang, Kuala Lumpur petang semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang semasa mangsa hendak mengalih kenderaan yang diletakkan di bawah jambatan berkenaan susulan kerja-kerja penambahbaikan paip.

Menurutnya semasa insiden itu terdapat 13 mangsa secara keseluruhan berada di bawah jambatan berkenaan dan mereka tidak sempat melarikan diri apabila kepala air sampai ke lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, 12 daripada 13 mangsa itu berjaya diselamatkan, terdiri daripada pemancing dan pekerja penambaikan paip,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditangguhkan jam 11 malam tadi dan akan disambung semula 9.30 pagi ini.

“Setakat ini mangsa masih belum ditemukan. Pasukan SAR yang terdiri daripada polis, bomba dan agensi lain akan menyambung pencarian pagi esok (pagi ini),” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS