Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wanita nyaris maut kereta dihempap tiang perancah projek ECRL
Diterbitkan:  Nov 18, 2025 6:38 PM
Dikemaskini: 10:38 AM

Seorang pemandu wanita nyaris maut selepas kereta dipandunya dihempap tiang perancah projek pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Batu Caves berdekatan tol Gombak, di Kuala Lumpur hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 1.47 tengah hari.

Berikutan itu tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian, namun mangsa yang berusia 40-an telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam.

"Setibanya pasukan penyelamat di lokasi kejadian didapati tiang perancah binaan projek ECRL itu telah menghempap sebuah kereta jenis Suzuki Swift,” katanya dalam kenyataan.

Difahamkan selepas berjaya dikeluarkan orang ramai, mangsa kemudian terus ke balai polis untuk membuat laporan mengenai insiden berkenaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS