Paling Popular
Terkini

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump meluluskan pelan damai 28 perkara bagi menyelesaikan konflik antara Rusia dan Ukraine, yang dirangka oleh pegawai AS melalui rundingan dengan pegawai Rusia dan Ukraine, lapor Xinhua memetik NBC News pada Rabu.

Menurut NBC, pelan itu dibangunkan dengan penglibatan utusan khas Trump Steve Witkoff, Naib Presiden JD Vance, Setiausaha Negara Marco Rubio serta menantu presiden, Jared Kushner.

Tiga pegawai AS turut memberitahu NBC bahawa rangka pelan damai itu masih perlu dibentangkan kepada pihak Ukraine.

Pemuktamadan draf pelan berlangsung bertepatan dengan lawatan delegasi Tentera Darat AS ke Ukraine yang tiba di Kyiv pada Rabu.

- Bernama-Xinhua


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS