Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Beregu campuran negara rangkul kejuaraan Terbuka Australia
Diterbitkan:  Nov 23, 2025 5:28 PM
Dikemaskini: 9:28 AM

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, merangkul gelaran BWF World Tour pertama mereka selepas menjuarai Terbuka Australia hari ini.

Dalam aksi final yang berlangsung di Sydney Olympic Park, pasangan pilihan utama itu hampir tidak berdepan tentangan apabila menundukkan gandingan Indonesia, Jafar Hidayatullah dan Felisha Alberta Pasaribu, straight set 21-16, 21-11, dalam perlawanan selama 42 minit.

Kemenangan itu turut membawa pulang hadiah berjumlah AS$37,525 (RM155,190).

Chen dan Toh mara ke final selepas menewaskan gandingan Thailand, Sapsiree Taerattanachai dan Pakkapon Teeraratsakul, 21-16, 21-14 dalam masa 50 minit semalam.

Sebelum ini, pasangan nombor empat dunia yang juga muncul juara Kejohanan Dunia pada Ogos lalu, turut mara ke final China Masters pada September, muncul naib juara.

Minggu lalu, beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M Thinaah, turut menjulang gelaran Kumamoto Masters di Jepun.

Mereka menewaskan gandingan Jepun, Rin Iwanaga–Kie Nakanishi, 22-20, 21-19 dalam perlawanan selama 54 minit.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS