Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tei sendiri tandatangan senarai rampasan - SPRM
Diterbitkan:  Dec 1, 2025 3:43 PM
Dikemaskini: 7:49 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan senarai rampasan barangan Albert Tei dan ia telah ditandatangani sendiri oleh ahli perniagaan itu, kata badan antirasuah itu.

Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM berkata serahan salinan dokumen senarai penyitaan harta alih bawah Seksyen 33 Akta SPRM 2009 itu dibuat pada hari penahanannya,28 Nov.

Barangan bahan bukti yang disita, menurut BKS terdiri daripada telefon bimbit, iPad dan perakam video digital.

Lee Pei Rie ketika membuat laporan polis mendakwa terdapat pistol diacukan padanya ketika serbuan SPRM

“SPRM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tanpa asas bahawa pegawai SPRM telah merampas barang-barang Albert Tei  tanpa mengikut prosedur. 

"SPRM sentiasa melaksanakan tugas mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dalam bidang kuasa,” katanya. 

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab dakwaan peguam yang mewakili isteri Tei yang mendakwa SPRM merampas barangan secara tidak sah dan suruhanjaya itu diberikan  tiga hari sehingga Rabu ini untuk mengeluarkan inventori harta yang dirampas.

Tei ditahan SPRM selepas mendakwa membelanjakan RM629,000 terhadap bekas pembantu politik Perdana Menteri Anwar Ibrahim Shamsul Iskandar Akin dalam bentuk pelbagai perbelanjaan, pembelian dan wang tunai.

Dia mendakwa berbuat demikian setelah diyakinkan bahawa boleh mendapatkan semula wang yang disalurkan kepada ahli-ahli politik di Sabah.

Shamsul dan Tei, ditahan pada Jumaat dan direman selama enam hari bermula 29 Nov.

Wanita didakwa sebagai proksi Shamsul, Sofia Rini Buyong, dibebaskan hari ini setelah perintah reman terhadapnya tamat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS