Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jafry Ariffin dilantik jadi Pengerusi Umno Sabah
Diterbitkan:  Dec 10, 2025 11:40 AM
Dikemaskini: 3:40 AM

Adun Sukau, Jafry Ariffin, hari ini dilantik sebagai Pengerusi Umno Sabah yang baru bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Allahyarham Bung Moktar Radin.

Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, memaklumkan pelantikan Jafry dipersetujui presiden parti tersebut, Ahmad Zahid Hamidi, dan selaras dengan Fasal 12.5 Perlembagaan Umno.

Jafry juga merupakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Asyraf Wajdi turut mengumumkan pelantikan ahli majlis kerja tertinggi parti itu, Mohd Hasnol Ayub, sebagai Timbalan Pengerusi Umno Sabah. Ketua Umno Kalabakan Samasuddin Yusop pula dilantik sebagai setiausaha.

"Pelantikan ini bertujuan memastikan kesinambungan pentadbiran, memperkukuh penyelarasan parti serta mengkoordinasikan gerak kerja Umno di Sabah secara lebih tersusun dan berkesan.

"Umno menyeru seluruh kepimpinan dan ahli parti untuk memberikan sokongan penuh kepada barisan kepimpinan baru ini demi memastikan Umno terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan mendukung kerajaan Sabah," katanya.

Jumaat lalu Bung Moktar meninggal dunia pada jam 1.46 pagi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS