Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Warga emas didakwa bunuh isteri di Tanah Merah
Diterbitkan:  Dec 10, 2025 11:56 AM
Dikemaskini: 3:56 AM

Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tanah Merah, Kelantan atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah. Kejadian tersebut belaku pada 1 Dis lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Ibrahim Sulaiman, 63, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Mengikut pertuduhan, Ibrahim didakwa membunuh Mastura Abdullah, 40, di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Paku, Gual Ipoh antara 9.30 pagi hingga 12.15 tengah hari.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun.

Jika tidak dijatuhkan hukuman mati, pesalah hendaklah disebat tidak kurang daripada 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Ahmad Irfan Aizat Mohd Daud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 12 Feb depan untuk sebutan semula kes.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS