Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pelajar tingkatan 3 ditahan, disyaki ugut bunuh rakan sekolah
Diterbitkan:  Dec 11, 2025 3:13 PM
Dikemaskini: 7:13 AM

Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang disyaki membuat ugutan bunuh terhadap rakan sekolahnya di Gombak di Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata remaja terbabit ditahan selepas polis menerima laporan daripada bapa kepada mangsa yang berusia 14 tahun.

Beliau berkata siasatan mendapati pelajar Tingkatan Tiga tersebut membuat panggilan video kepada mangsa bagi meminta wang dan dipercayai membuat ugutan bunuh dengan menunjukkan parang.

“Siasatan dijalankan mengikut Sekyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata remaja terbabit dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS