GLOBAL l Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas ke atas satu sambutan Hanukkah di Sydney, Australia, kata timbalan jurucakapnya pada Ahad, lapor Xinhua.
Ketua PBB itu mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semoga mereka pulih dengan segera dan sepenuhnya, kata timbalan jurucakap Farhan Haq dalam satu kenyataan.
Setiausaha Agung itu berdiri teguh bersama rakyat dan kerajaan Australia pada masa sukar ini serta menyatakan solidaritinya kepada komuniti Yahudi di negara berkenaan dan di seluruh dunia yang berkumpul untuk meraikan keamanan dan cahaya, menurut kenyataan itu.
Guterres mengutuk antisemitisme dalam semua bentuknya dan mengulangi bahawa serangan ke atas komuniti agama dan sambutan aman bertentangan dengan nilai teras toleransi, hidup bersama dan maruah manusia, kata kenyataan itu lagi.
- Bernama-Xinhua
