Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kes polis tembak mati: Penelitian awam tak ancam keadilan - peguam kecam AGC
Diterbitkan:  Dec 18, 2025 4:54 PM
Dikemaskini: 8:54 AM

Peguam kepada keluarga tiga lelaki yang maut ditembak polis di Durian Tunggal, Melaka, mengecam Jabatan Peguam Negara (AGC) kerana menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung insiden berkenaan.

Peguam Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh menyifatkan gesaan AGC itu sebagai tidak bijak, bercanggah secara dalaman, serta mencerminkan reaksi institusi yang lebih cenderung membungkam penelitian awam daripada berdepan dengan kebenaran yang tidak selesa.

Mereka turut mengingatkan AGC bahawa keadilan tidak terancam oleh perbahasan awam, sebaliknya hak tersebut terjejas apabila institusi menjadi “defensif, tidak telus dan bersikap bermusuhan” terhadap penelitian yang sama yang telah “memaksa mereka memastikan undang-undang diterapkan dengan betul”.

“Jika AGC benar-benar menjunjung kedaulatan undang-undang, ia seharusnya berinteraksi dengan orang awam secara jujur dan rendah hati, bukannya bersembunyi di sebalik frasa klise.

“Ulangan gesaan supaya orang ramai ‘tidak membuat spekulasi’ bersifat patronising (seolah orang lain tidak tahu), tidak mesra dan memberi gambaran seolah-olah penglibatan rakyat adalah satu gangguan, bukannya satu perlindungan.

"Sikap sedemikian menghakis keyakinan awam jauh lebih teruk daripada sebarang perbincangan terbuka,” tambah mereka.

Terdahulu hari ini, AGC memberi amaran bahawa andaian atau penyebaran maklumat yang tidak disahkan boleh menjejaskan siasatan serta menghakis keyakinan awam terhadap sistem keadilan.

AGC menegaskan integriti siasatan perlu dipelihara memandangkan siasatan terhadap insiden berkenaan masih dijalankan oleh satu pasukan khas di Bukit Aman.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS