Polis sedang menyiasat kes amang seksual terhadap seorang pelajar sebuah sekolah rendah agama di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, oleh seorang lelaki.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Mohamad Lazim Ismail, pihaknya telah menerima laporan berkenaan perkara itu pada 16 Disember lalu.
Laporan dibuat oleh murid berusia 11 tahun itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.
“Setakat ini belum ada tangkapan dibuat. Kes masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
