Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lebih 90 mayat ditemukan bawah runtuhan di Gaza
Diterbitkan:  Dec 21, 2025 9:12 AM
Dikemaskini: 1:12 AM

GLOBAL | Pertahanan Awam Gaza pada Sabtu memaklumkan bahawa mereka menemukan 94 mayat rakyat Palestin yang tertimbus di bawah runtuhan di wilayah itu, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam satu kenyataan, organisasi berkenaan berkata mayat-mayat itu dijumpai di kawasan tengah Gaza dan dipindahkan ke jabatan forensik di Kompleks Perubatan Al-Shifa bagi urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Syuhada di bandar Deir al-Balah.

Ribuan rakyat Palestin dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang musnah di Gaza sejak bermulanya perang Israel ke atas wilayah itu pada Okt 2023.

Menurut Pertahanan Awam Gaza, mereka dengan kerjasama kementerian kesihatan dan hal ehwal agama berjaya memindahkan ribuan mayat yang dikebumikan di lokasi rawak ke tanah perkuburan di wilayah itu.

Israel membunuh hampir 70,700 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 171,100 yang lain dalam serangan sejak Okt 2023 sebelum ia dihentikan susulan perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 10 Okt.

- Bernama/Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS