Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ranking Harimau Malaya jatuh 5 anak tangga, kini di kedudukan ke-121

Ranking Harimau Malaya turun ke kedudukan 121 dunia dalam ranking terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).

Berdasarkan kemas kini terbaru semalam, Harimau Malaya mengumpul 1,145.9 mata, jatuh lima anak tangga berbanding ke-116 dunia sebelum ini.

Penurunan ranking itu susulan keputusan Fifa untuk membatalkan dua kemenangan ke atas Singapura pada 4 Sept dan Palestin (8 Sept) manakala satu keputusan seri menentang Cape Verde (29 Mei) selepas Malaysia didapati menurunkan pemain yang tidak layak.

Sehubungan dengan itu, Fifa membuat keputusan Malaysia diisytihar kalah dengan jaringan 0-3 bagi ketiga-tiga perlawanan terbabit.

Selain pengisytiharan kekalahan, FAM turut dikenakan denda sebanyak CHF10,000 (kira-kira RM51,414).

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS