Intipati keputusan kes Subashini
Panel hakim mengambil lebih sejam untuk membaca penghakiman mahkamah.Rayuan R Subashini itu didengar oleh Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk Azmel Ma'amor dan Datuk Abdul Aziz Mohamad.
Penghakiman majoriti dibaca oleh Hakim Nik Hashim yang mengetuai panel tiga hakim tersebut. Manakala penghakiman minoriti dibaca oleh Abdul Aziz.
Panel hakim mengambil lebih sejam untuk membaca penghakiman mahkamah.Rayuan R Subashini itu didengar oleh Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk Azmel Ma'amor dan Datuk Abdul Aziz Mohamad.
Penghakiman majoriti dibaca oleh Hakim Nik Hashim yang mengetuai panel tiga hakim tersebut. Manakala penghakiman minoriti dibaca oleh Abdul Aziz.
Penghakiman majoriti
• Petisyen perceraian Subashini mengikut LRA dianggap batal dan tidak sah kerana ia difailkan sebelum tempoh tiga bulan sepertimana yang disyaratkan.
• Perkahwinan sivil Saravanan dan Subashini hanya boleh dibubarkan mengikut undang-undangn sivil. Suaminya masih boleh membubarkan perkahwinan mereka mengikut undang-undang syariah tetapi ia tidak memberi kesan kepada mahkamah sivil.
• Saravanan boleh memohon membawa kesnya ke mahkamah syariah tetapi ia tidak boleh memaksa Subashini berbuat demikian kerana beliau bukan seorang Islam.
• Saravanan tidak menyalahgunakan proses mahkamah apabila menukar agama anaknya kerana kebenaran salah seorang ibu bapanya sudah memadai mengikut Artikel 12(4) Perlembagaan Persekutuan.
Penghakiman minoriti
• Bukti Saravanan memeluk Islam mesti dibicarakan bagi menentukan sama ada tarikh dia bertukar agama itu berdasarkan kepada sijilnya atau fakta yang dimaklumkan kepada Subashini.
• Saravanan telah menyalahgunakan proses mahkamah dalam memohon hak penjagaan anak-anaknya di mahkamah syariah kerana mahkamah tersebut tidak mempunyai bidangkuasa ke atas perkahwinan bukan Islam.
• Pertukaran agama anak-anak Saravanan dibuat sebelah pihak dan isterinya mempunyai hak untuk membantah pertukaran agama tersebut serta mendapatkan perintah menghentikan prosedur berkenaan.
• Mahkamah Tinggi mempunyai bidangkuasa eksklusif dalam perkara-perkara mengenai pembubaran perkahwinan, tanggungan, hak penjagaan dan relif kerana perkahwinan itu dilakukan mengikut undang-undang sivil. Berita asal

