Berikut intipati Perutusan Tahun Baharu 2026 oleh Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini
Sara RM100 kepada warganegara 18 tahun ke atas dikreditkan pada 9 Feb
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 Fasa 1 akan dibuat bermula 20 Jan ini
RUU hadkan tempoh jawatan PM bakal dibentangkan di Parlimen tahun ini
Peruntukan naik taraf sekolah RM80 juta diberikan kepada SJKC, RM50 juta kepada SJKT
Gaji hakim mahkamah dinaikkan selepas 10 tahun tiada kenaikan

Sistem digital perlu dimulakan secara serius bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan awam
Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat akan dibentang dan diluluskan di Parlimen tahun ini
Pemisahan kuasa pendakwa raya dan peguam negara adalah undang-undang pertama yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen ini
Kerajaan akan melanjutkan tempoh peralihan pelaksanaan e-Invois tanpa penalti selama setahun bagi syarikat dengan nilai jualan RM1 juta hingga RM5 juta
Perusahaan mikro, kecil dan sederhana bakal diberi pengecualian cukai bagi nilai jualan sehingga RM1.5 juta
Jualan Rahmah Madani bermula 9 Jan, dan akan diadakan tiga kali sebulan di setiap DUN.

Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 bagi setiap murid boleh diambil di sekolah masing-masing.
Cukai perkhidmatan ke atas sewaan dikurangkan kepada enam peratus daripada lapan peratus
